Silakan lihat senarai buah buahan dan sayur sayuran dan kandungan vitamin C di dalamnya.
Banyak dan pelbagai, kan?😊
Jadi, kenapa taksub dengan hanya lemon serta pisang semata?
Saya kadang pelik juga dengan orang kita.
Anak demam, bagi mandi dengan air lemon. Walhal bagi mandi atau jerlum dengan air biasa dah mencukupi.
Nak buang toksik kononnya, minum air lemon. Walhal toksik badan memang dikumuhkan melalui peluh, air kencing dan air besar. Minum air kosong secukupnya dan bersenam adalah cara untuk menyingkirkam toksik dan lemak.
Sakit tekak, minum air lemon. Walhal minum air masak biasa dan kurangkan merokok serta kurangkan makanan berminyak dan pedas sudah mencukupi.
Sakit perut sebab gastrik, minum air lemon. Walhal bila dah ada gastrik, makanan yang pedas dan masam perlu dikurangkan.
Nak kulit cantik, minum air lemon. Walhal sumber vitamin C di dalam buah lain jauh lebih tinggi.
Jadi, kenapa terlalu taksub dengan lemon?
Teringat saya, ada seorang pesakit yang sudah berusia, akibat terlalu percaya dengan info dari group whatsapp, dia hari hari amalkan minum kopi campur lemon. Sebab dalam group tu cakap, lemon adalah buah terbaik sebab ada banyak vitamin c dan tinggi antioksida.
🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Kasihannya makcik tu.
Dan begitulah bahayanya info yang dapat dari group group whatsapp.
Allah ciptakan dunia ni penuh dengan buah dan sayur berwarna warni dan setiapnya ada khasiat. Kenapa perlu taksub dengan satu jenis buah?
Pelbagaikan buah buahan seharian.
Variasikan sayur sayurhan harian.
Dan kenapa cari pil kalau kita boleh dapat sumber vitamin c secara natural dan fresh?😉
Lemon adalah buah buahan yang buah buahan.
Kandungan vitamin dan anti oksidanya juga tidak melebihi buah buahan lain.
Nak buang toksik badan, kena bersenam untuk keluarkan peluh dan kena minum air kosong yang banyak supaya mudah lawas berak dan kencing.
Tak perlulah terlalu taksub ok.
Besederhanalah.
Dalam apa jua makanan minuman dan aktiviti kita.
Yang penting, setiap hari kena makan buah dan sayur.
Cubalah ganti jajan dengan buah.
Ye, mula mula memang susah, lama lama dah terbiasa😘
Nota kaki : Kan seronok kalau peti ais penuh warna warni buah. Pelangi kan indah, kenapa mesti contengkan dengan hanya satu warna sahaja✌🏻
Dr. Erna Nadia
Bahaya sangat group group whatsapp ni sebab tak tahu dari mana info tu datang😞