in

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA

1. Rebusan Serai & Halia– Ambil 3 batang serai- 4cm halia @ 2 ketulDiketuk kedua bahan di atas.Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air.Tunggu suam diminum.*Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2/3 kali.**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih & lenguh-lenguh badan. kolestrol tinggi & sakit urat saraf.***Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. Rebusan Sireh– Ambil daun siruh 3 ke 5 helai.Di rebuskan dengan 3 gelas air & jadikan 1 gelas.Tunggu suam & di minum.*Tambahan : boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.**Untuk menghilangkan bau badan & pulihkan segala sakit urat & sengal-sengal badan.***Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . Rebusan sirih & daun Inai– 3 ke 5 helai daun sirih.- segenggam daun Inai.Direbus dengan 3 gelas air & jadikan sehingga 1 gelas air.Minum bila sudah suam.*Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan & lendiran yang banyak. Juga berbau.**Elok di amalkan selepas haid.

4. Rebusan Halia Serai cengkih & kunyit- 2/3 batang serai di ketuk- 3cm halia (tua/muda) di ketuk- 2cm kunyit di ketuk- sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih/bunga lawang- daun pandan sehelai- sedikit gula batu.**gula batu boleh di ganti dengan madu jika suka.**Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.**Cukup sekali sebulan sehaja.

Bagi mewangikan kewanitaan anda & menyegarkan badan.

Segala resepi & ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan & kesesuaian badan anda. Tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid & lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Nasi dagang kurma kambing dinikmati bersama panorama sawah

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI