in

LoveLove

RESEPI SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan:

  • 3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air ~ jika perlu.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
  2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
  4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI

RESEPI KERANG AIR ASAM