in

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KERANG CAMPUR PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo kerang saiz duit 20 sen
  • 3 cawan santan pekat – boleh tambah 
  • 1 keping asam keping saiz kecil 
  • 2 ikat pucuk paku fresh 
  • 1-2 batang serai dititik 
  • Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

  • 10 biji cili api – suka pedas tambah lagi ya 
  • 3 cm kunyit hidup

* Resepi ni boleh diubah suai mengikut selera masing-masing 

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan semua santan
  2. bahan ditumbuk lumat
  3. asam keping dan serai yang dititik ke dalam periuk. 
  4. Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . 
  5. Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kerang masak . 
  6. Masukkan semua pucuk paku tadi kemudian dikacau sekejap dan terus ditutup api dapur . 
  7. Tutup periuk dengan tudung periuk dan biarkan pucuk paku masak dalam kuah yang panas

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

RESEPI KERANG AIR ASAM

RESEPI KERANG GORENG