in

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI

Bahan-bahan:

  • Ikan yang sesuai untuk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1-2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia – hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot – hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa – belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram – (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah – ikut kepedasan masing2 – hiris@ketuk
  • Garam – jika perlu – hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat)

Cara-cara

Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jangan banyak sangat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.

Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.

Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.

Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.

Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.

Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Sumber: hanamemories.blogspot.com

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA

RESEPI SAMBAL TUMIS KERANG