Home Amalan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

35
0

Setiap Perkahwinan setiap pasangan mahukan zuriat untuk jadi pelengkap dalam sebuah keluarga. Betol? Tapi tidak semua orang dikurniakan rezeki yang sama cepat. Ini ada sedikit perkongsian buat mereka yang sedang ikhtiar untuk hamil.

Langkah Pertama Yang Perlu Diamalkan

Sebaik sahaja Solat Subuh, suami atau isteri, atau kedua duanya sekali.
Baca Bismillah 1 kali (dengan penuh penghayatan). Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Langkah Kedua Yang Perlu Diamalkan

Sebelum melakukan JIMAK, suami zikir “Ya Mutakkabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali.

Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari.

Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf & Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya.

Baca dan kongsikan bersama. SHARING IS CARING!

Letakkan pengharapan yang paling tinggi semoga apa yang awak minta dan hajati mendapat perhatian dari Allah. Insya-Allah.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua. Dan jangan lupa ikhtiarkan juga Makanan Sunnah No. 1 Terbaik. Insya-Allah.

Dikongsi dari: Norazri Medzlan
Pemilik: Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur

Sebaik-baik perancangan adalah milik Allah. Kita harus terus berusaha, tawakal dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Yang baik datang dari Allah s.w.t., yang buruk datang dari kita.

Leave a Reply